RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 |
|||
|
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan
dan pengawalan amalan teleperubatan; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
SUSUNAN FASAL 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan. 4. Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan.
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. 2. Tafsiran
"Akta Perubatan" ertinya Akta Perubatan 1971; "berdaftar sementara" ertinya didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 Akta Perubatan; "bidan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Bidan 1966; "jururawat berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Jururawat 1950; "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia; "Majlis" ertinya Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perubatan; " pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977; "pengamal perubatan berdaftar penuh" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan penuh di bawah seksyen 14 Akta Perubatan; "perakuan amalan" ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20 Akta Perubatan; "teleperubatan" ertinya amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data. 3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan
(b) pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar Malaysia dan-
(ii) mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia melalui seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang perakuan amalan yang sah, boleh mengamalkan teleperubatan.
(b) berada di bawah pengawasan, arahan dan kuasa pengamal perubatan berdaftar penuh yang membuat permohonan itu. 4. Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan.
(2) Majlis boleh mengeluarkan suatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan kepada pemohon bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis dalam perakuan itu. (3) Majlis boleh pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat sesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2). (4) Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan apa-apa perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) jika orang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan melanggar mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam perakuan itu. (5) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Majlis untuk mengeluarkan suatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan atau dengan pembatalan sesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad. 5. Persetujuan pesakit.
(2) Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakit di bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksud subseksyen itu melainkan jika pengamal perubatan berdaftar penuh itu sudah, sebelum persetujuan itu diberikan, memaklumkan pesakit itu-
(b) tentang risiko, akibat dan faedah yang mungkin diperoleh daripada teleperubatan; (c) bahawa segala perlindungan kerahsiaan sedia ada adalah terpakai bagi apa-apa maklumat tentang pesakit itu yang diperoleh atau didedahkan dalam masa interaksi teleperubatan; (d) bahawa apa-apa imej atau maklumat yang disampaikan atau digunakan semasa atau yang terhasil daripada interaksi teleperubatan yang dapat dikenal pasti sebagai imej atau maklumat pesakit itu atau tentang pesakit itu tidak akan disebarkan kepada mana-mana penyelidik atau mana-mana orang lain tanpa persetujuan pesakit itu. (4) Persetujuan bertulis di bawah subseksyen (1) dan pernyataan di bawah subseksyen (3) seseorang pesakit hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod perubatan pesakit itu. (5) Jika pesakit itu belum dewasa, atau mengalami ketakupayaan mental yang sedemikian rupa sehingga menyebabkannya tidak berupaya untuk memberikan persetujuan berpengetahuan, maka persetujuan boleh diberikan bagi pihaknya oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad idem-nya. (6) Mana-mana pengamal perubatan berdaftar penuh yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 6. Peraturan
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat-
(b) untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan mutu dan kawalan mutu boleh terima berkenaan dengan perkhidmatan teleperubatan; (c) untuk menghendaki orang-orang yang mengamalkan teleperubatan supaya menyenggara buku, rekod dan laporan sebagaimana yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang sepatutnya Akta ini dan untuk menetapkan cara bagaimana buku, rekod dan laporan itu hendaklah disimpan dan dikeluarkan; (d) untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaan kepada Ketua Pengarah; (e) bagi memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan dan bahawa orang-orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya tetapi denda itu tidaklah boleh melebihi lima ribu ringgit dan pemenjaraan itu tidaklah boleh melebihi satu tahun; (f) untuk menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan orang yang boleh mengkompaunkan kesalahan itu dan cara bagaimana kesalahan itu boleh dikompaunkan; (g) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau dibenarkan oleh Akta ini untuk ditetapkan. HURAIAN
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan. 3. Fasal 2 bertujuan mentakrifkan perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang ini. 4. Fasal 3 bertujuan mengawalselia amalan teleperubatan dengan menentukan orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan. Selain pengamal perubatan berdaftar penuh, pengamal perubatan yang berdaftar di luar Malaysia juga boleh mengamalkan teleperubatan di Malaysia jika mereka telah diberi perakuan untuk mengamalkan teleperubatan. Fasal ini juga bertujuan memberi Ketua Pengarah kuasa untuk membenarkan orang tertentu yang bekerja di bawah pengawasan, kawalan dan kuasa pengamal perubatan berdaftar penuh untuk mengamalkan teleperubatan. Orang-orang lain selain yang ditentukan adalah melakukan kesalahan jika mereka mengamalkan teleperubatan. 5. Fasal 4 menyatakan prosedur bagi mendapatkan perakuan untuk mengamalkan teleperubatan. 6. Fasal 5 bertujuan menghendaki seseorang yang mengamalkan teleperubatan mendapatkan persetujuan pesakit sebelum teleperubatan diamalkan berhubungan dengan pesakit itu. 7. Fasal 6 mengandungi kuasa Menteri untuk membuat peraturan.
|
|||
|
MyCERT Copyright |
|||